Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.hir] | ماهير

Definisi : terlatih utk mengerjakan sesuatu, ce­kap, lancar, pandai: orang Cina itu masih belum ~ berbahasa Melayu; memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian ter-tentu, spt kreativiti atau kemahiran meng-gunakan komputer; penguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa; memahirkan melatih seseorang supaya ce­kap, mempelajari dgn sungguh-sungguh supaya mahir: pelajar akan didedahkan pd latihan yg dapat ~ mereka dlm menghadapi peperiksaan sebenar; kemahiran kecekapan, kepandaian: ~ Fer-nando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; berkemahiran mempunyai kemahiran, ma­hir: dan tentu ramai calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.hir] | ماهير

Definisi : cukup cekap serta terlatih mengerjakan sesuatu; pandai serta lancar melakukan sesuatu: Kebanyakan mereka ~ berbahasa Melayu. memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: Mudah baginya kerana dia ~ bidang tsb. memahirkan mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya mahir; melatih diri supaya mahir: Dia ~ diri dlm bahasa Inggeris. kemahiran kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut.

Bermaksud :

Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lemambang Iborang yang mahir dalam pelbagai nyanyian suci atau puji-pujian.Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
batu pencelap, *batu penchelap* Ibbatu yg dipercayai boleh mengekalkan kesihatan dan tolak bala.Setelah mengadakan upacara seperti ini dan orang yang berkenaan masih berasa kurang yakin atau masih berasa risau, upacara yang dipanggil makai burung boleh juga diadakan. Orang yang mahir dalam upacara ini perlu diundang. Dia akan seterusnya mengusap badan orang yang terkena ‘burung’ seperti ini dengan batu pencelap untuk menghindarkan perkara-perkara yang tidak baik menimpa orang itu.?Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selampandai Ibsejenis belalang yang dipercayai boleh memberi petanda tentang jantina anak yang bakal lahir.Mendengar selampandai berbunyi pada waktu tengah hari juga pantang besar. Kalau burung ini didengar di huma, suatu upacara bagi mengurangkan alamat buruk yang dibawa oleh burung mesti diadakan di huma itu. Orang yang memang mahir dalam perkara ini juga mesti dijemput.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas