lumingok, *lumingo* Mr | sejenis tarian yang ditarikan dalam upacara keramaian yang dianjurkan oleh suku kaum Murut seperti majlis bersukaria, majlis kahwin atau majlis kesyukuran dan tidak boleh ditarikan sewaktu suku kaum tersebut ditimpa malapetaka seperti kematian dan sebagainya. | Seperti juga suku kaum lain, kaum Timugon mempunyai tarian tradisi yang unik dan menarik perhatian banyak orang. Tarian yang dimaksudkan ialah Tarian Lumingok. | Pemujaan semangat dewa dewi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magandang Mr Tl | majlis keramaian. | Upacara Magandang adalah merupakan upacara keriaan. Tujuannya adalah untuk bersukaria terutama sekali ketika adanya majlis-majlis keramaian nikah kahwin, selepas menuai dan lain-lain lagi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mitatabang Kd, Tb | gotong-royong. | “Dengan perpaduan politik yang kuat yang dicapai melalui BN, majlis-majlis kebudayaan seperti Lawatan Tahunan ke Nunuk Ragang harus diberi sokongan penuh, khususnya oleh pemimpin-pemimpin KDM, untuk memperkukuh semangat mitatabang (gotong-royong) dan memperkukuh semangat kekitaan di kalangan masyarakat itu.” | Daily Express (Harian Ekspres) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gadur Bj Sm, Ir, MSb, Tb | sejenis bekas bertutup yang dibuat daripada tembaga, digunakan sebagai hiasan atau dalam majlis-majlis rasmi bagi golongan bangsawan. | Harta lain seperti gong, kulintangan, talam tembaga, gadur dan sumbul yang berjajar di dinding rumah mereka banyak dipamerkan menghias dinding. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
seruk MSr | mengundang seseorang menghadiri kenduri dari rumah ke rumah (secara bersemuka), amalan ini lebih menunjukkan hubungan silaturahim yang kuat atara penduduk di sesebuah tempat. | Dan yang paling dia pasti, sama ada pengilan di rumah orang berkahwin, majlis tahlil, majlis doa selamat, niga atau nujuh orang mati, makan hol atau apa-apa sahaja, pendek cerita, seruk sahaja dia akan datang. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pangilai Ir | majlis bertandang. | Selepas majlis perkahwinan biasanya sesudah tiga hari, pihak keluarga lelaki akan datang menjemput pengantin perempuan dan suaminya bertandang ke rumah keluarga lelaki dalam satu acara yang dipanggil pangilai. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
maginum Kd, Mr | majlis minum minuman keras. | Pada suatu hari Si Ongga pergi ke majlis maginum. Kehadiran Si Ongga telah diketahui oleh orang tua kampung. | Si Gunting | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lembak Bj | kain perca berwarna-warni yang dijahit halus, ia biasanya dipasang pada dinding dalam majlis perkahwinan. | Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarnawarni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pagidsa-idsa Ir | majlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing dgn tujuan utk merisik. | Kedua: Pagidsa-idsa yang bermaksud majlis pertemuan rasmi di antara kedua belah pihak lelaki dengan perempuan yang diwakili oleh jurucakap masing-masing. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pamiula Ir | acara berbalas pantun sambil dialunkan mengikut gesekan biola, biasanya antara seorang pemantun lelaki dan seorang atau beberapa pemantun wanita. | Bagi masyarakat Iranun, biola digesek ketika sesuatu majlis keramaian seperti menyambut kelahiran anak, majlis perkahwinan atau nazar dan dimainkan bagi mengiringi acara ‘pamiula’ atau bagi masyarakat bajau dipanggil isun-isun. | Keratan Akhbar Borneo Post | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |