ruanti Kd Kj | makhluk halus. | Dan bilik-bilik perempuan itu pun semuanya tertutup kecuali yang bilik ketujuh kerana perempuan yang ketujuh telah pun disumpah oleh orang-orang Ruanti (makhluk halus) pada zaman dahulu. | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
goronai Tb | makhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh. | Dalam kesibukannya untuk mengekalkan kepercayaan penduduk kampung, dengan kuasa goronai dan gimbaran, tiba-tiba Odu Launai terasa tercabar dengan kehadiran seorang guru muda yang baru bertugas di kampung itu. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gimbaran MSb | makhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh. | Odu Launai sudah mendapat khabar dari gimbarannya bahawa Bogoi diganggu oleh gimbarannya sendiri. Gimbarannya sudah lama tidak disajikan, tidak dijamu. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
walai goronai Tb | rumah kecil yang dibina untuk digunakan sebagai tempat penyediaan barang persembahan kepada makhluk halus. | Ugang akur. Kerja begitu, sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kampungnya. Kelengkapan sudah siap dalam satu talam. Kemudian diletakkan di atas walai goronai. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jukut Sk | sesuatu (tidak mahu menyebut nama sebenarnya kerana kepercayaan tertentu seperti dalam budaya Melayu harimau disebut sang belang, buaya disebut sang rangkak tetapi dalam budaya masyarakat ini semua benda yang tidak mahu disebut nama sebenarnya disebut jukut); hantu atau makhluk halus, sesuatu. | Masuklah, kalau kaumahu. Kalau kausudah Kristian, siapa nak apa-apakan padi kita kalau diserang jukut. Josika mendongak ke langit yang tidak begitu cerah. Aku sudah tidak cekap lagi. Sudah tua. Aku berharap kepada kamu. Terpinga-pinga Josika buat seketika. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kadaat Kd | keteguran atau kena sampuk makhluk atau roh halus. | Dia muntah, Irom menjelaskan. "Dia perlu disembahyangkan. Barangkali dia kena kadaat," jelas Irom. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |