Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.ja] | منجا

Definisi : 1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja): ~ betul budak itu, mak-lumlah anak bongsu; 2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kpd: dia berkata dgn suara yg ~; kedua-dua anak itu sangat ~ dgn saya; bermanja berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya; bermanja-manja, bermanja-manjaan ber­jinak-jinakan, beramah-ramahan: cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn Murad; memanja berbunyi manja (suara dll): kadang-kadang suaranya ~; memanjakan, memanja-manjakan, mem-permanjakan sangat melayani kehendak­nya sehingga jadi manja: jururawat itu mem-betulkan kain selimutnya spt ibu ~ anaknya; gerak-gerinya semakin dimanja-manjakan; termanja-manja (sudah) menjadi terlalu manja; manjaan yg dimanjakan: dia memang ingin memelihara seekor binatang ~; kemanjaan perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan; kemanja-manjaan dgn berlaku manja: ia menjawab ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.ja] | منجا

Definisi : (dlm kata majmuk) maja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.ja] | منجا

Definisi : 1 kelakuan yg kurang baik kerana selalu diturut kemahuannya atau dibiarkan saja berbuat sekehendak hatinya: Anak bongsu biasanya terlalu ~. 2 sangat kasih (sayang, mesra, jinak): Anak itu memang ~ dgn saya. bermanja berkelakuan manja; berbuat manja: Belum puas anaknya ~ dgnnya, dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara. bermanja-manja berjinak-jinak; beramah-tamah. memanjakan membiarkan atau menurut segala kehendaknya sehingga menjadi manja: Dia menyesal kerana terlalu ~ anaknya itu. manjaan yg dimanjakan: Ani menjadi ~ kedua-dua ibu bapanya. binatang ~. kemanjaan keadaan atau sifat manja: ~nya menjadi-jadi dr sehari ke sehari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tergising-gising seperti anak tiada diakui.

Bermaksud :

Orang yang sangat manja kepada majikannya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
wat Ibpanggilan manja untuk anak atau menantu lelaki, terutama kepada anak lelaki atau menantu lelaki (sama seperti dom, jang, ulup dan unggal).“Naik wat,” kata Manang Jamba. “Ya, pak memanglah hajat kami ini datang hendak menemui bapak.” Setelah mereka duduk Manang Jamba memberi mereka rokok dan pinang. “Awak semua dah makankah tadi?” tanya Manang Jamba.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas