Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Lima setengah tidak gunanya;
Belas memandang tupai melompat,
     Ada masa jatuh ke tanah juga.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Adat yang menurun,
     syarak yang mendaki.

Bermaksud :

Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
racun sekejap Tbsejenis racun berbisa yang digunakan dalam tempoh masa yang singkat seperti dua atau tiga hari.Sakit yang dideritai oleh Apu ini juga adalah ekoran daripada racun yang pernah diberikan kepadanya oleh seorang manusia yang berhati binatang. Waktu itu Apu sengaja dijemput ke rumah orang kenduri. Tuhan amat berkuasa. Apu tidak mati, walaupun racun itu adalah racun yang paling berbisa. Kononnya racun itu memang terkenal dengan nama racun sekejap. Racun jenis itu boleh membawa maut kerana boleh menghancurkan jantung si mangsa dalam masa yang singkat.Pulut Kuning Daging RendangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
agugulir Mrtanda yang dipakai menandakan masa berkabung seseorang seperti meletakkan kain hitam di atas bahu mereka.Pandangan mata Kinawa segera beralih ke arah yang ditunjukkan oleh Paring. Di situ dia melihat agugulir itu. Insaflah dia. Dia terlalu mengikut runtunan hatinya, hingga lupa kepada keadaan Paring yang sedang memakai tanda agugulir itu.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
balang begeman Ibkepala musuh (manusia) yang diperoleh semasa ngayau.Awak ini pada masa dahulu orang tua, mengatakan diri hendak pindah ke tempat ini, Di tengah-tengah ruang langit rata membawa kumpulan balang begeman.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas