Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sudah tua dan boleh dimakan (buah­buahan dll), matang: jangan diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok; ~ ranum sangat masak (buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yg direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir pun tampil-lah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3. cara membuat masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg memasak maka­nan; 4. ki sudah tahu atau faham benar (kela­kuan orang dll), sudah difikirkan (dipertim­bangkan) dgn teliti, sudah diputuskan (sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba sudah ~ dgn segala kejadian yg berlaku di sekeliling hamba; sebelum memberi kepu-tusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; apabila ~lah sudah perjanjian itu, maka barulah pulang ke Melaka; ~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai sopan-santun; ~ akal matang pemikiran; ~ niatnya mempunyai niat yg tetap; ~ tangan sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng; makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram; ~ buah rumbia prb peri­hal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh); ~ di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat; ~ malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentu­kan tetapi kemudiannya berubah pula; semasak selama masa yg perlu supaya (buah­buahan, nasi yg ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama; bermasak yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau dibasuh tangan dgn air yg sudah ~; bermasak-masak sedang membuat lauk­pauk (kuih-muih dll); kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat makan­an; bermasakan, bermasak-masakan sedang masak (buah-buahan): kelihatan buah padi kuning spt emas ~; memasak, mempermasak sl membuat lauk­pauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju; ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~ ubat membuat ubat; memasak-masak 1. membuat bermacam­macam kuih (lauk-pauk dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak; memasakkan 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan ma­sak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu; masakan 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; pemasakan perihal (kerja, proses, dsb) me­masak; pemasak 1. orang yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat (perkakas) utk mema­sak; 3. Mn rempah-rempah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sudah tua serta boleh dipetik dan dimakan (bkn buah-buahan): Betik ini ~ di pohon. 2 tidak mentah lagi (bkn benda-benda yg direbus, digoreng, dibakar dll); sudah empuk dan boleh dimakan: Nasinya sudah ~. 3 ki sudah berpengalaman; sudah tahu dan faham benar: Dia sudah ~ dgn perangai anak-anaknya. Perkara itu telah difikirkan ~-~. bermasak dimasak atau sudah dimasak (bkn air, makanan dll): Jangan makan makanan yg tidak ~. memasak membuat atau mengolah makanan (lauk-pauk, nasi dll) supaya masak: Saya suka menolong ibu saya ~. Dia pandai ~ rendang. masak-memasak hal atau selok-belok (cara, teknik dsb) memasak: Ayahnya memang pakar dlm ~. memasakkan 1 memasak sesuatu utk: Dia ~ anaknya bubur kacang. 2 menjadikan masak; membuat supaya masak: Air di kolam air panas dpt ~ telur. masakan barang apa yg dimasak (spt lauk-pauk); hasil drpd memasak; cara memasak: Saya lebih gemar memakan ~ Melayu. ~nya lazat sekali. pemasakan perihal (perbuatan) memasak atau memasakkan: ~ yg lama akan memusnahkan vitamin C. pemasak 1 orang yg kerjanya memasak atau memasakkan; tukang masak. 2 alat yg digunakan utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masak (adjektif)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan tua, matang, ranum,
Berantonim dengan muda

2. Dalam konteks daging
bersinonim dengan empuk, lembut, lunak,
Berantonim dengan mentah

2. Bersinonim dengan matang: berpengalaman, berumur, dewasa, tua,
Berantonim dengan mentah

Kata Terbitan : memasak, masakan, pemasak,

Puisi
 

Asam jawa terlalu masak,
     Masak tak boleh dijeruk lagi;
Hati saya terlalu rosak,
     Rosak tak boleh dipujuk lagi.


Lihat selanjutnya...(145)
Peribahasa

Dibalik-balik bagai memanggang.

Bermaksud :

Difikirkan masak-masak.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
taigan Mr Tlbakul kecil yang diikat dipinggang untuk menyimpan padi yang belum masak.Tangkai padi yang masak yang telah dipotong disimpan di dalam bakul (buyung) yang disandang di belakang dan padi yang belum masak disimpan di dalam satu bakul kecil (taigan) yang terikat di pinggang.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
apin Mrtikar.Padi yang belum masak diletakkan di tikar (apin) dan ditutup dengan satu helai tikar lagi sehingga masak.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
junterah MSrgugur (khusus durian yang masak sahaja).Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
langkou, *langkau* Mrpondok.Padi yang masak juga diletakkan di atas tikar dalam satu pondok (langkou) yang dibina berhampiran dengan petak padi.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pais Mr Tlalat memotong padi berupa pisau kecil.Apabila padi telah masak, petani dan ahli keluarganya mula menuai dengan menggunakan pisau kecil (pais).Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ruai Ibruang menunggu, ruang legar, lobi.Minta daripada Sunti nasi pulut dan nasi biasa kalau sudah masak nanti," katanya pada Tarang yang tercegat di pintu ruai.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kulipis MSbkuih – pulut ditanak bersama-sama santan dan garam, kemudian dibungkus dengan daun dan dikukus semula hingga masak.kulipis - nasi pulut yang dimasak dengan santan dan garam.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kibut Ibsejenis bekas besar daripada kaca atau plastik untuk mengisi air.Ada juga yang terpaksa pergi sebentar ke pekan untuk membeli gula, minyak masak, tembakau, garam dan minyak tanah. Mereka tidak perlu membeli banyak minuman keras kerana terdapat lapan bekas kibut sumbangan Tauke Juho.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lanjar MSrpanjang.Dengan langkah yang lanjar Pak Udak Hassan berlalu ke dapur. Sebentar kemudian, dia muncul semula sambil membawa setandan besar buah pisang yang sedang masak menguning.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mayam Ibsejenis pokok yang berbuah kecil dan digemari oleh burung merpati liar, kulitnya miang apabila terkena kulit.Ketika itu juga terlena seekor burung merpati sehingga tidak lagi mengenali pokok mayam yang masak dan yang muda mengakibatkannya termakan buah yang muda.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas