pemansai Ib | sejenis alat menangkap ikan kecil di sungai. Ia diperbuat daripada anyaman buluh atau bemban. | Madu pergi membawa pemansai untuk menangkap ikan. Ketika itu hujan turun renyai-renyai tetapi matahari masih bersinar terang. Hujan panas. Naik bulu roma Madu dititisi hujan yang melekat di daun. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sudap, *sulap* Kd, MSb | dangau, pondok. | “Enandakan, kau tidak turun ke?” Edinya melaung dari arah belakang sudap. Dalam keadaan separuh sedar, Enandakan mencapai botol dan meneguk sebelum melangkah ke sawah. Matahari masih terik dan Enandakan semakin lemas dalam denyut nafas yang kian lemah. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |