[mé.ga] | ميݢ
Definisi : (méga) I awan; ~ berangkat awan naik (meningkat); ~ berarak a) awan yg beriring-iring; b) sj ukiran; ~ mendung awan yg mengandungi hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mé.ga] | ميݢ
Definisi : (méga) terlalu besar atau hebat (bkn projek, pembangunan, jualan dsb): antara projek ~nya ialah Koridor Raya Multime-dia; jualan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mé.ga] | ميݢ
Definisi : /méga/ awan. ~ berarak a. awan yg bergerak beriring-iringan. b. nama sj ukiran. ~ mendung awan yg membawa air hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[mé.ga] | ميݢ
Definisi : /méga/ sangat besar atau hebat (bkn projek, jualan dsb): Kamus itulah antara projek ~ Bahagian tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)