engkabang Ib | sejenis pokok dan buah. | Sampai di kebun, kakinya melangkah ke batas ubi kayu dan ubi keledek, kemudian menuju ke dangau di tepi semak di bawah pokok engkabang yang meredup itu. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kelalagan Bj Sm, Tb | orang kenamaan (disegani dan dihormati). | Zulpan bingkas dari tempatnya berdiri melangkah mendapatkan Encik Safuan lalu dia menyuakan tangannya bersalaman dengan Encik Safuan, Pegawai Pendidikan Bahagian yang cukup kelalangan dan gah namanya di daerah itu. | Pelangi Selepas Hujan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kuruna Bj, Sl | mahkota yang dibuat daripada kain baldu hitam dan dihiasi labuci. | Saire mula mengayun-ayun tangannya. Melangkah ke pentas mendahulukan kaki kanannya. Kaki seluar kantiu yang dipakainya berwarna jingga, terlambai-lambai. Kuruna di kepalanya berkilauan disambar cahaya lampu. | Sejambak bunga emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bosi Tb | parang. | Bantilan bingkas dan mencapai bosi yang tergantung di dinding rumah. Bantilan mengikat sarung bosi itu ke pinggangnya. Dia melangkah menuruni tangga. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tagad Kd, Tb | huma. | Tempat ini, fikirnya sambil mengerakkan kaki sejak wujud pada siang hari menjadi tempat yang setia aku kunjungi. Dia melangkah. Banyak daripada waktuku habis di sini. Lebih banyak daripada kunjunganku ke tagad. | ‘Songgorib’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sudap, *sulap* Kd, MSb | dangau, pondok. | “Enandakan, kau tidak turun ke?” Edinya melaung dari arah belakang sudap. Dalam keadaan separuh sedar, Enandakan mencapai botol dan meneguk sebelum melangkah ke sawah. Matahari masih terik dan Enandakan semakin lemas dalam denyut nafas yang kian lemah. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sapat Ib | tirai yang dibentuk dengan beberapa helai pua kumbu yang tersangkut pada tali dan diikat di antara tiang-tiang di ruai untuk melindungi badan si mati. | Apabila Kumang dan Lulong melangkah ke dalam rumah roh itu sebesar bunga mancis. Akhirnya apabila sampai di ruai Keling dan Laja, roh itu sudah sebesar biji sekoi. Secepat Kumang dan Lulong berada di dalam sapat mereka terus meletakkan roh itu di atas kepala Bunga Eni dan Bunga Satangkai. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |