Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.wan] | ملاون

Definisi : 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (ber­cakap dll): orang-orang yg dilawannya berbicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.wan] | ملاون

Definisi : : jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.wan] | ملاون

Definisi : 1 menentang (musuh dll): Sel putih dlm darah akan ~ kuman itu. 2 melayan (berbual, berbicara dll); menjadi teman kpd: Ahmad ~ kawannya berbual hingga larut malam. 3 menandingi (dlm perniagaan, perlumbaan dll); menyaingi: Tidak ada seorang pun yg dpt ~ kekuatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Puisi
 

Singapura dilanggar todak,
     Orang berkubu batang pisang;
Orang tua melawan budak,
     Ibarat aur ditarik songsang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Laksana layang-layang melawan angin.

Bermaksud :

Pebuatan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Wau melawan angin).

 

Lihat selanjutnya...(31)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngelaban Ibmelawan, berjuang, menentang.“Agik idup, agik ngelaban!” Rentap bertempik lagi dan bersama-sama tempikan itulah dia berazam untuk membunuh James Brooke dengan tangannya sendiri. Dia hendak ngayau kepala orang putih itu dengan ilangnya sendiri.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rumunduk Kd KBsejenis roh baik.14. Rumunduk – Roh yang selalu menolong komburungoh melawan roh jahat bagi kesejahteraan manusia.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mering LBsejenis perangkap ikan berbentuk seperti bubu tetapi ia tidak mempunyai injap dan dipasang secara melawan arus. Ia diperbuat daripada buluh.Di hilir sungai itu ada sebuah mering kepunyaan Angi. Libau pun naik ke atas tebing dan menghampiri pondok Angi tadi.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tungkawir Kdsejenis alat muzik tradisional yang mempunyai kaitan dengan adat resam memburu binatang pada zaman dahulu. Ia diperbuat daripada satu ruas buluh yang dipotong dibelah/potong sehingga pertengahannya. Cara membunyikannya ialah dengan menepuk pada tangan.Oleh itu, jika ia terdengar bunyi ini, ia harus mengambil Tungkawir dan memukulnya pada telapak tangan. Bunyi Tungkawir akan melawan bunyi serangga tadi dipercayai ini akan menolak bala yang bakal menimpa pemburu tersebut.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas