Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lin.tang] | ملينتڠ

Definisi : 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru mem­balut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lin.tang] | ملينتڠ

Definisi : 1 menurut lintang sesuatu bidang: Sebatang kayu ~ di jalan. 2 mendatar (bkn garisan); lw menegak. 3 menghalang; merintang: Jika tidak ada aral ~, saya akan sampai di rumah pd hari Isnin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lintang
Kata Terbitan : melintang, melintangi, terlintang, lintangan,

Puisi
 

Burung pucung terbang melintang,
     Hinggap mari Gunung Daik;
Putih kuning sanggul melintang,
     Itulah tanda hati tak baik.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Tiba di rusuk menjeriau.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
temuai MSrsejenis perahu.Sampai di tepian, Batang Nyabur sedang menolak arus surutnya. Air mengalir agak laju ke hilir. Di tebing yang ketohoran tetapi masih basah itu, kelihatan beberapa buah perahu jenis temuai yang tersadai melintang-pukang.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
basong, *basung* Ibsejenis bakul kecil yang dibuat daripada anyaman (halus) rotan atau pelepah palma. Bahagian yang menyentuh belakang pula dilapik dengan kayu. Ia digunakan dengan menggalasnya di belakang bagi mengangkut buah durian, kelapa dan lain-lain.Keling lalu bangun dan menyandang bakul sap basong melintang, menyandang sumpitan tapang. Di pinggangnya diikatkannya pula pedang panjang.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas