limpas MSb | lalu, berjalan melintas di hadapan. | Pun, Paring ingin melihat Angusi selalu menjeling dia apabila orang tua itu limpas di hadapan sulapnya kerana mandi atau mengambil air. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mimoh, *mimuh* Bd | mendirikan bangunan. | Kembang rasa hatinya apabila ada jiran yang bertandang atau melintas halaman rumahnya dan bercakap atau bertanya fasal kayu itu. "Siapa buat" "Siapa lagi. Akulah." "Wah, wah! Tak lama lagi, mimohlah kita dua beranak ni…" "Mudah-mudahan." | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jeruit Ib | sejenis burung kecil; Orthotomus sepium, yang biasanya memberi alamat atau petanda berlaku sesuatu. | Sekali-sekala burung kelicap dan jeruit terbang rendah melintas di depannya, mengejutkan Apai Icut. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ketupong, *ketupung* Ib | sejenis burung seperti burung puyuh tetapi lebih kecil, yang membawa alamat; Sasio abnoramis | Cuma burung tiung, ketupong, gagak rimba dan kenyalang melintas cepat di puncak meranti. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |