lansaran Mr | pentas yang dibuat daripada buluh yang membolehkan penari-penari melompat dan melonjak-lonjak di atasnya (bersifat fleksibel). | Lantas dia melonjak naik ke atas kayu yang dijadikan landasan di dewan lansaran. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kingkilat Mr | hadiah yang digantung di sisitan. | Kingkilat berayun. Berkemalai bagai hiasan sanggul penari istana pada zaman lampau. Mereka melompat dengan penuh azam dan tekad, untuk mengambil kingkilat yang tergantung di atas. Kingkilat bergerak utuh. Beralun ke kiri dan ke kanan. Suara bergerantangan. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jopul, *jipor* Bd | parang tradisional orang Bidayuh, biasanya disimpan khas untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan peperangan, pertempuran dsb. dan bukan untuk kegunaan harian. | Pak Sujang melompat keluar dari balik pondok dengan jopul terhunus dan terhayun-hayun di tangan kanannya. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tarik lampung Ib | sejenis sukan tradisional masyarakat Iban yang menggunakan kayu untuk menarik antara satu sama lain. | Mereka juga kerap kali mengetuai budak-budak melibatkan diri dalam bidang sukan seperti berlari, melompat, berlawan tangan dan jari, tendang-menendang, tarik lampung dan tarik tali dan bermain gasing. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ruding LB | alat radiofom/alat muzik bersaiz kecil yang diperbuat daripada kayu atau logam. Ia digunakan dengan meletakkan di celah antara gigi atas dan gigi bawah. Tangan kanan pemain memegang alat ini manakala tangan kiri memetik bahagian lidah alat ini untuk menghasilkan getaran. Bunyi dikeluarkan melalui pernafasan. | Si Labo Tui betul-betul terpesona dengan bunyi ruding itu. Dia pun menari dan melompat dengan asyik sekali. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |