pendam Ib | tanah perkuburan. | Apai Layoh juga sukar melontarkan rasa bimbangnya, mahu sahaja dianyam dalam sisipan rotan-rotan yang membentukkan bakul supaya tidak mengganggunya lagi. Sudah mencapai ketumpulan usaha untuk mencari anaknya di kebun lada, sejam berjalan ke temawai, di pendam; manalah tahu dia menangis di situ atau di langkau. | Antologi Cerpen Bunga Rimba | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangkoh gansai, *sangkuh gansai* Ib | sejenis tombak. | “Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.” | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keladi lantang Ib | simpulan bahasa Iban yang bermaksud menjadi tumpuan perhatian khususnya seseorang. | “Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.” | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangkoh agong, *sangkuh agung* Ib | sejenis tombak, matanya lebar dan digunakan untuk ngayau dan membunuh binatang. | “Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.” | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |