pemupok Ir, Tb | pemukul sarun dan kulintangan. | Cara memainkan alat berkenaan ialah dengan memukul dengan pemukul atau pemupok bahagian tengah kepingan yang diletakkan di atas rak yang juga dicipta dari bahan kayu jenis kalipapa. | Sarun dimain secara solo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monontian Kd | mengandung. | Bagi masyarakat Kadazan, pantang-larang semasa mengandung atau "monontian" memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang wanita itu memperolehi anak yang baik dan sempurna. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
babadon Kd | sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada batang padi. | Ketika ayah, emak dan kakak saya kepenatan menuai padi, saya pula sibuk mencuba memainkan Babadon tersebut. Kakak saya yang berulang-alik ke pondok untuk menghantar tuaian sering memarahi saya kerana lambat turun ke bendang. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sigi Kd | sigi adalah bentuk sompoton yang terawal yang digunakan oleh orang-orang Kadazandusun. Biasanya sigi mempunyai paruh yang dibuat daripada buluh kecil untuk dijadikan bahagian yang ditiup. Ia hanya digemari oleh golongan tua. | Tonik sigi tidak fleksibel seperti tonik sompoton. Sigi tidak boleh memainkan lagu tempatan berirama moden seperti Sompoton. Oleh kerana itu, ia hanya sesuai untuk memainkan irama-irama asli. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |