magansip Mr | kepit, sejenis bentuk tarian orang Murut. | Dia terbayang bagaimana suaminya yang menjadi salah seorang pemain alat-alat muzik tradisional, memalu gong dan kadang-kadang menari magansip berpasangan dengan penari wanita yang jelita. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tawog-tawog Kd Tg | sejenis rentak paluan gong yang menandakan kematian. | Bagi orang-orang Dusun Tungku, sebaik-baik sahaja berlaku sesuatu kematian, mereka memalu gong dengan rentak paluan yang disebut "Tawog-tawog" dan "Getung". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
getung Kd Tg | sejenis rentak gong yang menandakan berlaku sesuatu kematian. | Bagi orang-orang Dusun Tungku, sebaik-baik sahaja berlaku sesuatu kematian, mereka memalu gong dengan rentak paluan yang disebut "Tawog-tawog" dan "Getung". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tungkobong Kd | meriam buluh, hanya digunakan untuk mengkhabarkan adanya kematian. | Meriam buluh atau "tungkobong" digunakan untuk mengkhabarkan dan memberitahu kepada penduduk-penduduk kampung mengenai kematian itu. Bagi orang-orang Dusun Tungku, sebaik-baik sahaja berlaku sesuatu kematian, mereka memalu gong dengan rentak paluan yang disebut "Tawog-tawog" dan "Getung". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sansaring Kd, Tb | sejenis canang yang mengeluarkan suara yang nyaring seperti canang cina. | Lamin ..., tegur Sadi kepada seorang pemuda yang berpakaian sepertinya. Lamin duduk bersila tidak jauh darinya. "Buruk benar bunyinya irama gong yang kaumainkan. Sakit telinga aku. Kau seharusnya menjiwainya dengan sepenuh perasaan. ..." Lamin yang sedang memalu gong `sansaring'nya begitu tersinggung. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |