landas | tengkujuh. | Beliau mengulangi ikrar tentang komitmen kementeriannya untuk membantu kaum nelayan bagi mempelbagaikan sumber pendapatan mereka terutama musim landas apabila keadaan laut merbahaya untuk mereka. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pitulak Bj, Sl | sejenis perahu kecil yg diisikan dengan makanan dan ditolak ke laut sebagai persembahan tolak bala. | Masyarakat kampung sudah berkumpul membantu dukun menyiapkan lepa Pitulak itu. Mereka sepakat mengatakan di kampung itu sedang dilanda hantu laut. | “Pitulak” | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ingkat Ib | kongkang. | Burung, ingkat atau bengkang yang dilihat atau ditemui semasa menjalankan kerja huma ini dianggap dan dipercayai hamba Pulang Gana yang datang untuk membantu mereka yang melihat atau menjumpainya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bengkang Ib | kongkang. | Burung ingkat atau bengkang yang dilihat atau ditemui semasa menjalankan kerja huma ini dianggap dan dipercayai hamba Pulang Gana yang datang untuk membantu mereka yang melihat atau menjumpainya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mit Ib | kecil. | Mengapalah bapa mit ini tak pulang-pulang? keluh isteri Irang. Dia gelisah menunggu, dia bukan saja takut tetapi tidak ada sesiapa yang boleh membantu dia di rumah. Sedang isteri Irang gelisah menunggu dia terdengarkan sesuatu bunyi aneh seolah-olah ada sesuatu atau seseorang berjalan melalui jambatan yang dibina menuju ke rumah. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |