kayau Ib, Kh | membunuh orang untuk diambil kepala dan harta bendanya dengan tujuan untuk mendapat pengiktirafan atas keberanian dan kepahlawanan seseorang | Peperangan ataupun kayau terbesar yang pernah mereka lakukan ialah kayau menentang Apai Sabit Bekait semasa mereka mengayau ke langit. Mereka berjaya dalam kayau ini dengan membunuh ramai musuh. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
barung MSb | parang. | Mereka berkesempatan membunuh Jepun. Ada di antara mereka itu yang cekap bermain barung dan pendekar pula,” terang Kabau lagi. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun menaun Tb | sejenis racun yang paling bias yang digunakan untuk membunuh musuh. Ia boleh digunakan atau disimpan selama bertahun-tahun. | Setahun kemudian Pak Semawit menemui ajalnya. Kata orang dia termakan racun menaun. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangkoh agong, *sangkuh agung* Ib | sejenis tombak, matanya lebar dan digunakan untuk ngayau dan membunuh binatang. | “Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.” | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngirup Ib | minum. | Jangan buat macam tu. Kita ngirup untuk kejayaan. Bukannya bunuh-membunuh. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kolulut Kd | Ilmu hitam yang digunakan untuk menjadikan mangsa sakit atau dalam kes yang teruk untuk membunuh mangsa. Ia selalunya dijelmakan dalam bentuk belalang. | Puak Bangkahak mempunyai sejenis ilmu hitam yang disebut kolulut. Kolulut ini dijelmakan menjadi seekor burung besar yang disebut Bugang. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngelaban Ib | melawan, berjuang, menentang. | “Agik idup, agik ngelaban!” Rentap bertempik lagi dan bersama-sama tempikan itulah dia berazam untuk membunuh James Brooke dengan tangannya sendiri. Dia hendak ngayau kepala orang putih itu dengan ilangnya sendiri. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |