angkat dara MSr | akil baligh bagi kanak-kanak perempuan. | Pak Bidin lebih berat hendak memikirkan anaknya yang kedua, yang sudah angkat dara sejak sekian lama. Kalau apa-apa berlaku kepada anaknya itu, dan sebelumnya dia menyelak tepi kain orang, kelak akan dijuihi bibir oleh orang lain pula, menyesal tidak sudah jadinya. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rolun Kd, Tb | replika perahu yang dibuat untuk upacara persembahan semangat dan lain-lain. | Jali mengangguk terus, memikirkan apakah dirinya yang akan dihanyutkan? Dia tersengih memerhatikan tentagas menghiasi rolun atau rakit, dengan perca-perca kain dan berbagai-bagai jenis bunga di atas rolun itu. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
juak Ib | sejenis ikan air tawar yang mempunyai garis lintang pada badannya dan mempunyai tulang yang banyak. Ia memakan ikan-ikan kecil dan ia sendiri boleh dibuat lauk; adong. | Dia rasa cincinnya itu sudah ditelan ikan juak. Dia berasa amat kesal memikirkan cincin hikmat hilang begitu sahaja. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai rugan Ib | suatu upacara untuk memperingati roh-roh orang yang sudah meninggal dunia. | Tempoh berkabung itu mesti ditamatkan atau diketas dengan tengkorak musuh dalam upacara yang dipanggil ngetas ulit. Setelah tempoh berkabung itu ditamatkan, barulah boleh orang serumah itu merancang atau memikirkan upacara Gawai Rugan dan juga gawai yang ada kaitan dengan kerja-kerja huma. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tinau, *tinauk* Mr | pesta keramaian yang dihadiri seluruh penduduk setempat. Biasanya makanan yang dihidang sepanjang pesta selama seminggu ialah air tapai, babi, lembu dan ayam. Sehingga makanan habis barulah semua pulang. Acara ini diwajibkan sekali seumur hidup. Selepas itu, menantu bebas daripada cengkaman berian. | Linus Antakin, 39, bingung memikirkan bagaimana dia mahu mencari wang untuk memuaskan hati mentuanya. Selain telah menghadiahkan pelbagai barangan, dia dituntut mengadakan majlis tinau – kemuncak pada adat berian. | Beri Sampai Mati Bah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |