sengkalan Ib, MSr | kayu andas tempat memotong sesuatu (memotong sayur-sayuran dan daging). | Keling dan Laja diikat lalu diletakkan di atas sengkalan. Mereka terus memotong dua orang jejaka itu dengan parang dan ilang tetapi semua alat itu patah. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyimbang Ib | cara memotong atau mencantas secara menyerong. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pais Mr Tl | alat memotong padi berupa pisau kecil. | Apabila padi telah masak, petani dan ahli keluarganya mula menuai dengan menggunakan pisau kecil (pais). | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengait LB, Ky | orang yang diupah untuk memotong kepala. | Kenapa terjerit-jerit ni? Digeletek kalindahau? Diburu pengait? tanya Nek Mah lagi. Anak-anak rambut yang menyapu mukanya, ditolaknya ke belakang. | Novel Senapang Bemban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lingaman, *lenggaman* Bj, Kd, MSb | alat untuk memotong padi yang biasanya digunakan oleh suku kaum Kimaragang. | Mata lingaman itu diletakkan kemas-kemas di atas batu asahan itu. Dengan hati-hati ditekankan sedikit mata lingaman itu, kemudian menyorong dan menariknya beberapa kali. Dia mengelus-ngelus mata lingaman itu dan mengasahkannya kembali. Setelah yakin bahawa lingaman itu cukup tajam, dia berhenti mengasah dan menyimpannya di tempat tadi. | Mimpi Burubut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manding Ib | sejenis pokok yang batangnya keras dan berduri pada pangkalnya. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
randang Ib | julukan yang memberi makna simbolik bagi seseorang yang memulakan sesuatu, perintis. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelepet LB | Sejenis parang panjang yang digunakan semasa peperangan. Ia juga dijadikan barang hantaran perkahwinan. | Isteri saya sedang sakit nak bersalin, saya mahu memakai pelepet ini untuk memotong perut isteri saya itu,? jawab lelaki itu lagi. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jejabai Ib | sejenis pokok hutan berkayu, buahnya seperti buah zaitun berwarna hijau semasa muda dan berubah kehitaman apabila tua. Ia dicelur sekejap sebelum dimakan. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kendawang Ib | sejenis ular yang berbisa. Kepala dan ekornya berwarna merah, manakala badannya berbintik-bintik kekuningan. | Enteran Temiang memanjat ke atas lagi dan sampai pada pelepah yang kedua seekor ular kendawang keluar dari belitannya dan mematuk Enteran Temiang. Nasib baik patukan ular tidak mengenainya. Dia memotong leher ular kendawang dengan pedangnya. Kepala ular pun jatuh ke bawah. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |