Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.ri.nga.ti]/[mem.per.i.nga.ti] | ممڤرايڠتي

Definisi : 1. mengenangkan sesuatu peristiwa dsb dgn perayaan (kenduri dll): perayaan itu diadakan kerana ~ hari tertubuhnya Malaysia; 2. mencatat, membuat peringatan (dlm buku dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.ri.nga.ti]/[mem.per.i.nga.ti] | ممڤرايڠتي

Definisi : mengenang atau memuliakan sesuatu peristiwa dsb (dgn mengadakan sesuatu majlis dll): Tugu itu telah dibina utk ~ pahlawan-pahlawan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ingat (kata kerja)
1. Bersinonim dengan sedar: tahu, terkenang,

2. Bersinonim dengan bercadang: berhajat, berniat,

3. Bersinonim dengan fikir: rasa, agak,

Kata Terbitan : beringat-ingat, mengingatkan, memperingati, memperingatkan, teringat-ingat, ingatan, ingat-ingatan, peringatan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gawai rugan Ibsuatu upacara untuk memperingati roh-roh orang yang sudah meninggal dunia.Tempoh berkabung itu mesti ditamatkan atau diketas dengan tengkorak musuh dalam upacara yang dipanggil ngetas ulit. Setelah tempoh berkabung itu ditamatkan, barulah boleh orang serumah itu merancang atau memikirkan upacara Gawai Rugan dan juga gawai yang ada kaitan dengan kerja-kerja huma.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas