gar Ib | kiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya. | Kalaulah ramai perempuan di rumah panjang hendak turut serta menenun indu nakar atau indu gar akan dipilih daripada perempuan yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Perempuan itu mempunyai tangkal untuk melakukan kerja nakar ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
galang Ib | kiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya. | “Ya, cucu. Kalau semasa berhuma cuculah yang menentukan hal sempadan. Apabila ada perkelahian, cuculah yang memutuskan penyelesaian. Dalam hal pengayauan, cuculah pemimpin ketenteraan. Itu adalah kerana cucu adalah galang induk batu, teras induk kayu, ketua kepada penghulu, badak induk chemaru,” kata Ini Manang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai kenyalang Ib | sejenis upacara pemujaan yang menggunakan patung kenyalang yang bertujuan untuk memperoleh restu terhadap perkara yang dihajati. | Saya membawa kita semua di sini untuk mengadakan Gawai Kenyalang. Gawai ini terpaksa kita adakan besok," kata Baring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |