Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.but] | منچابوت

Definisi : 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.but] | منچابوت

Definisi : 1 menarik keluar supaya terlepas dr sesuatu: ~ rumput; ~ keris. 2 mengambil dr sesuatu kum­pulan dsb: ~ daun terup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencabut

Puisi
 

Hujan mari pebadik tumbuh,
     Tidak mencabut selasih dulang;
Kalau tidak berani sungguh,
     Jangan merebut kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
barong MSbparang.Pergelutan terhenti. Malai tegak kembali. Tapi lelaki yang tersungkur bangkit semula lalu meluru ke arahnya. Sepantas kilat Malai mencabut barong yang tersisip di pinggangnya. Musuh yang datang ditunggu dengan langkah yang bersedia.AlungeiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ahuhuyu Mrbergotong royong.Kinawa menghela nafas sambil menggeleng kepala. Dia letih. Baru saja dia habis ahuhuyu bersama wanita-wanita itu. Menggali dan mencabut ubi-ubi kayu dari akar umbinya.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelindang Ibsejenis tumbuhan paku pakis, berbulu dan berlendir. Lendirnya boleh dibuat ubat bisul. Warnanya perang kehitaman.Semasa dia sudah hampir tiba di pekarangan rumah mentuanya dia mencabut sejenis rumpun paku yang disebut kelindang.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas