Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cip.ta] | منچيڤتا

Definisi : menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cip.ta] | منچيڤتا

Definisi : 1 memusatkan fikiran (utk mengadakan sesuatu); memikirkan dgn sungguh-sungguh (utk mengadakan sesuatu). 2 mengadakan atau mewujudkan sesuatu dgn kuasa sendiri dan tidak menggunakan bahan: Allah yg ~ langit dan bumi serta seluruh isinya. 3 menghasilkan sesuatu karya seni (spt lukisan, lagu dsb): Semasa hidupnya, Allahyarham telah ~ lagu lebih drpd seribu buah. 4 mengadakan sesuatu yg baru; mencapai sesuatu kejayaan atau hasil terbaik dlm olahraga dsb: Dia telah ~ rekod baru dlm lumba lari 400 meter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencipta


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
minamangun Kdpencipta.Bagi Solisir, minamangun adalah roh yang mencipta dan menghidupkan segala makhluk, dan juga benda-benda yang baik. Minamangun atau roh maha pencipta, bagi kaumnya di sebelah ibunya.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas