nyeli Ib | sj tumbuhan bijirin (pokok dan buahnya) drpd jenis padi; Coix lachrymajobi. | Apabila dua orang gadis itu mendekati rumah panjang, Bunga Eni dan Bunga Satangkai hanya sebesar ibu kaki. Apabila Kumang dan Lulong tiba di tepian permandian, roh itu sebesar ibu jari. Setiba mereka di halaman, roh itu sebesar sebiji jagung. Seterusnya apabila berada di kaki tangga, roh Bunga Eni dan Bunga Satangkai sudah sebiji nyeli. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
timang Ib | nyanyian suci. | Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai. Ia dibaringkan terlentang. Hantu-hantu yang sedang menyanyi-nyanyikan timang bertanya tentang hantu yang berbaring itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
alar MSr | sejenis penyakit bengkak di pangkal paha. | Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mowah Bd | 1. temujanji yang dibuat antara lelaki dan perempuan. 2. bersiar-siar. 3. menziarahi antara satu sama lain. | Apakah kerana minyak guna-guna Nenek Satek? Atau antara pemuda-pemuda yang mendekati Mila, dia memang punya kelebihan? Dua hari kemudian dia datang mowah lagi, dia memberanikan dirinya bertanya. Jawapan Mila menambahkan keyakinannya. | Antologi Pilihan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sigir, *sigik* Ib, MSr | sebiji/satu. | “Pulut panggang satu berapa harganya, cu?” tanya Ini Chakoi kepada seorang budak Melayu yang berjaja. Ini Chakoi sangat gemar makan pulut panggang. Dia memisahkan dirinya daripada teman-teman serumah panjangnya untuk mendekati anak Melayu yang sedang menjual pulut panggang itu. “Sigir, dua puluh sen, nek,” jawab budak itu. “Mahal sangat. Beri sepuluh sen satu.” “Sik dapat. Rugi kamek.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bedilang Ib | sejenis dapur berbingkai empat segi, di dalamnya diisi tanah dan bara api yang digunakan untuk menyalai kepala musuh yang baru dibawa balik dari ngayau. | Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |