Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.du.kung] | مندوکوڠ

Definisi : 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan se­belah tangan lagi diletakkan di bawah ke­tiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. meng­gendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegak­kan, dsb): bahawa­sanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hen­dak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masya­rakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita men­daulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. mem­bantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. menge­mukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang ke­kenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.du.kung] | مندوکوڠ

Definisi : 1 membawa di pinggang atau di belakang: Dia ~ anaknya yg kecil dan memimpin anaknya yg besar. 2 mempunyai sesuatu matlamat dan berusaha utk mencapainya: Pertubuhan itu ~ cita-cita mempersatukan segala kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendukung


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sandik belantan chawit Ibtetakan dari bahu kiri ke rusuk kanan.“‘Burung’ kita ini baik,” kata mereka. ‘Burung’ ini bernama Sandik Belantan Chawit yang bermaksud mendukung belantan sebelah kiri.”Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sirat Ibjenis cawat yang digunakan oleh golongan lelaki Iban pada zaman dahulu.Selepas itu isteri Irang teringat kepada sirat suaminya yang diperbuat daripada kain hitam sepanjang lima depa, sebagai sesuatu yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri dan bayinya. Seterusnya sirat itu dihulurkannya ke bawah dan hujung yang sebelah diikatnya kuat-kuat pada lantai. Melalui satu lubang di tengah bilik dia turun dengan menyusuri sirat yang telah diikatkan sambil mendukung erat bayinya.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas