Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.tang] | مننتڠ

Definisi : 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angina; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.tang] | مننتڠ

Definisi : 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Banting-banting tumbuhlah damit,
     Disukat bahagian panjang;
Pengantin lagi damit,
     Ibu bapanya akan menentang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rugi menentang laba,
     jerih menentang boleh.

Bermaksud :

Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngelaban Ibmelawan, berjuang, menentang.“Agik idup, agik ngelaban!” Rentap bertempik lagi dan bersama-sama tempikan itulah dia berazam untuk membunuh James Brooke dengan tangannya sendiri. Dia hendak ngayau kepala orang putih itu dengan ilangnya sendiri.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menoa Ibdaerah.Walaupun telah dibuang menoa, masih juga dia menentang.Gugurnya Langit Hijau Nanga TigaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kayau Ib, Khmembunuh orang untuk diambil kepala dan harta bendanya dengan tujuan untuk mendapat pengiktirafan atas keberanian dan kepahlawanan seseorangPeperangan ataupun kayau terbesar yang pernah mereka lakukan ialah kayau menentang Apai Sabit Bekait semasa mereka mengayau ke langit. Mereka berjaya dalam kayau ini dengan membunuh ramai musuh.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas