Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.da.nga.da] | مݞاد-اد

Definisi : 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan ke­lakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkata­kan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.da.nga.da] | مݞاد-اد

Definisi : 1 berbuat sesuatu (spt meminta, berkata, berfikir) yg bukan-bukan. 2 berbuat sesuatu kerana hendak menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengada-ada

Peribahasa

Melabuh-labuh bagai buntal ditiup.

Bermaksud :

Kelakuan yang mengada-ada oleh kerana dipuji. melabuh-labuh = terangkat-angkat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tuaija MSrmengada-ngada, memandai-mandai.Pandai mengajar orang tua. Baru darjah dua sudah tuaija nak mengajar orang tua. Engkau tak fahamkah? Aku bukan ada duit.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas