belang Bj Sm | majlis keramaian. | Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka,” terang Cikgu Damit lagi. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angkap Bj Sm, Kd Lt, Tb | loteng. | Serentak dengan ini, tentagas-tentagas yang ada perkaitan keluarga kepada keluarga yang mengadakan upacara tersebut, terutama sekali orang rumah yang mengadakan upacara mengahau ini supaya sama-sama naik ke atas tilud atau angkap yang disebutkan tadi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sumalakai, *sumalakoi* Kd Lt | upacara memasuki rumah baru. | Setelah siap dan sebelum berpindah ke rumah baru itu, mereka mengadakan upacara naik ke rumah baru yang dipanggil "Sumalakai". Beberapa hari kemudian mereka mengadakan pula upacara "Molukas". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengalai Ky | penari. | Sewaktu mengadakan majlis Anding ini, kemenyan hendaklah disediakan untuk dibakar di samping mayang pinang muda yang masih belum mengurai. Mayang pinang muda ini digunakan oleh pengalai untuk memudahkan mereka memasuki acara ‘menurun’ iaitu kerasukan. | Pemujaan semangat dewa dewi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rentaka Bj Sm, Tb | sejenis meriam besar. | Sebaliknya, Riad perlu mengadakan hantaran belanja dalam bentuk mata benda seperti keris, lembing, parang, rentaka atau sejenis meriam seberat tiga pikul, kerbau, sapi, kambing, kuda, gong, bebandil dan sebagainya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sinalau Kd, Tb | daging salai. | Pada suatu hari, orang kampung akan mengadakan satu majlis keramaian, dan mereka yang dijemput haruslah membawa sekeping sinalau (daging kering). | Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
moginakan Kd | jamuan besar (majlis kesyukuran). | Pada masa lampau adat-istiadat untuk mengadakan jamuan besar yang dipanggil "Moginakan" diadakan setahun sekali. Dalam upacara ini, ia hanya dihadiri oleh kaum keluarga yang rapat dan yang mempunyai salasilah keturunan yang sama. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angavuvung Mr | upacara amal sebagai tanda kesyukuran. | Tuaian yang baik dirayakan dengan mengadakan kenduri dan upacara amal sebagai tanda kesyukuran. Upacara ini (angavuvung) berlangsung selama dua hari dan ia dilakukan oleh seorang spesialis upacara amal wanita (yoru). | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tompok Kd | tajau. | Menurut kepercayaan suku ini, seseorang yang mempunyai tajau atau "tompok" mestilah mengadakan upacara "Megahau" bagi menghormati tajau itu yang menjadi tempat asal lahirnya manusia (orang-orang Kadazan). | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monolibabou Kd | upacara menilik tapak rumah. | Sebelum memacakkan tiang rumah, mereka juga terlebih dahulu mengadakan upacara "Monolibabou" iaitu satu upacara untuk menilik sama ada tapak kawasan di mana rumah itu akan dibina didiami oleh mahkluk halus yang dipanggil "Pembazabaza" atau tidak. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |