Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.khi.ri] | مڠاخيري

Definisi : menghabisi, menyudahi, mena­mat­kan: dia ~ pidatonya dgn ucapan, “Merdeka!”; Mak Cik Sinah ~ sembahyang maghribnya dgn doa yg panjang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.khi.ri] | مڠاخيري

Definisi : menaruh atau menempatkan kemudian; mengundurkan (waktu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakhiri


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gonob Kdkain sarung yang ditenun.Sangkawanh mengakhiri mandinya. Dia berlari ke arah gonobnya. Dia pasti gonob itu ditaruhnya di banir pokok yang besar. Gonob itu sudah tiada di situ.Utusan Borneo, 12 Februari 2003Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
baya pandang Ibpakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati.Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas