Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
selepak Mlpasu kecil yang diperbuat daripada tanah liat dan berwarna kehitam-hitaman. Ia digunakan sebagai tempat menyimpan minyak atau ramuan berubat.Yang menjadi tumpuan ialah selepak-selepak tok nenek moyang. Cuma dia mengerjakan kerja itu apabila ada kematian. Dari situlah dia mengambil kesempatan mengambil dua tiga selepak.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
penyaram Ib, LB, MSrsejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan gula merah yang telah diadun dan seterusnya digoreng.Tiga empat begitulah. Dia mengambil sendiri kuih rangin itu dan memasukkannya ke dalam karung plastik kecil yang dikhaskan oleh Khatijah untuk memuatkan kuih yang dibeli orang. Kemudian dia mengambil sebuah karung lain dan mengisinya dengan empat biji kuih penyaram.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyondok Skmengambil bahagian dalam upacara ngoncong untuk menunaikan niat, hajat.Daripada ngoncong Ah Lasak dapat membayangkan kepulangan modalnya. Itupun kalau orang yang nyondok ramai. Ramai penyondok banyaklah duit. Banyaklah pulang modal.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyopuh Bdkerja mengambil madu dan anak-anak lebah dari atas pokok-pokok.Sekilas, dia teringat sekurang-kurangnya sudah tiga kali dia ikut nyopuh lebah di pokok itu.Menganyam KedukaanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
surui MSbsejenis ikan spt alu-alu.Tahir mengambil kepala ikan surui yang telah dicincang membuangnya ke dalam air, tangannya dipacik-pacikkan “makan…. makan, hari ini kami bawa makanan baik untok kamu. Makan…. Mari, mari” Tahir merayu-rayu.Tahir Sudah PergiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sabang Ibpokok puding; Codiaeum variegatum.Mereka pun mengambil daun sabang dan mengibas Simpai Emas dan dengan kuasa ajaib yang ada pada mereka Simpai Emas pun hidup semula. Mereka pun gembira melihat dia sudah hidup semula.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
poju Kd Ltupacara yang diadakan sebelum kerja-kerja mengambil kayu/perkakas membuat rumah dimulakan.Sebelum alat-alat perkakas membuat rumah itu diambil dari hutan, terlebih dahulu mereka mengadakan upacara "Poju" supaya keselamatan rumah itu terjamin.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
labungan Ibsejenis alat tenunan.Labungan digunakan untuk mengambil atau mengangkat benang-benang yang terlepas daripada benang-benang lain ketika benang-benang itu diangkat dengan karap.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumindok Kd Ltpermulaan menanam padi.Selepas proses menggaruk, petani akan mengambil tujuh batang anak padi yang pertama gumontor dari tapak semaian untuk dibawa ke satu sudut kecil di sawah padi. Proses ini dikenali sebagai tumindok yang bermaksud "permulaan".Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
beruta Ibbekas anyaman kecil yang diperbuat daripada rotan.Meluda pun mengambil sebuah ‘beruta’ dan kain putih yang dibawanya dahulu.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas