siud MSb | sejenis alat untuk menangkap ikan, tangguk. | Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban, menganyam savak dan sebagainya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
karaban Kd | bekas bertutup daripada buluh yang dianyam, digunakan untuk menyimpan damak sumpitan. | Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban, menganyam savak dan sebagainya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sulat Ib, MSr | alat untuk menganyam yang dibuat daripada tulang atau kayu. | Selepas itu Simpurai pun mencari tulang rusa yang sudah kering untuk dibuat menjadi sulat iaitu sejenis alat untuk menganyam. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tamu MSb | pekan (pasar) sehari. | Nanak tahu, ibunya sedang menganyam daun pandan. Nanak tahu, pandan itu nantinya akan dijual di tamu, minggu depan. Itulah satu-satunya pendapatan sambilan yang diperoleh selain bercucuk tanam. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
cekolok, *cokolok* MSr | ekspresi latah. | Eh cekolok! Serentak dengan itu satu hanyunan yang kejap dan padu mengena rusuk Min. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sibung Bd | sarung untuk parang, pedang dsb. | Setelah puas barulah disarungkan ke dalam sibung kayu yang sudah tertangkin di pinggang. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bilituong, *birituong* Bd | perbicaraan untuk menyelesaikan perbalahan, persengketaan, pergaduhan di peringkat kampung. | Majlis bilituong diadakan seminggu kemudian di tapak tanah yang dipertikaikan. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
maran, *maren* Kb, Kh, Kn | golongan aristokrat. | Akan diukir secantik-cantiknya, sesuai dengan asal-usul isterinya sebagai orang maran, anak tunggal mendiang Temenggong Tilo. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
anembiak Ib, MSr | golongan muda (belia). | Dan sebagai tetamu kehormat dia telah diberi penghormatan untuk menyembelih binatang bagi upacara kenduri perkahwinan anembiak rumah panjang. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
akik Bd, Ib, Kh | datuk lelaki. | Dia pasti, memanglah Icut dan adik-adiknya ke Siol Kandis dan bermalam di rumah akik dan inik mereka. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |