Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rah] | مڠاره

Definisi : 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rah] | مڠاره

Definisi : pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengarah


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sumbul Bj Smbekas tembaga yang digunakan untuk mengisi sirih pinang.Pak Guring lalu menghulurkan sumbul yang berisikan sirih pinang kepada Pak Longgon. Sambil ibu jari kanannya mengarah ke suatu sudut, di mana ayam jantan Tanak Wagu terikat di situ.Ayam Jantan, Tanak Wagu dan SumandakGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas