Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rah.kan] | مڠارهکن

Definisi : 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rah.kan] | مڠارهکن

Definisi : 1 menggerakkan sesuatu ke arah; menghalakan; menujukan; menghadapkan: Sambil berundur hendak lari, penyamun itu ~ pistolnya kpd kami. 2 mengeluarkan perintah dsb kpd; memerintahkan: Kapten tsb ~ orang-orang bawahannya mengepung kubu pengganas itu. 3 memimpin perusahaan, jabatan dsb; mengurus; mengelolakan: Seorang yg berpengalaman selama beberapa belas tahun dilantik utk ~ syarikat perniagaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengarahkan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
wit Ib, MSrmengarahkan (perahu dll) ke tempat yg dituju.Pengayuh di tangannya sekejap dipaut sekejap diwit untuk mengelakkan perahu tuko mereka dari tersasah dan melanggar tebing Sungai Majan yang sempit.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kungkuvak Kdwisel daripada batang padi.Pada hari ketiganya, babalizan-babalizan tadi lalu mengarahkan kepada orang-orang yang hadir di upacara itu untuk meniup kungkuvak - seruling batang padi, tidak pilih sama ada ia seorang kanak-kanak, orang dewasa ataupun yang telah tua, termasuk yang wanitanya sekali.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
blulang, *belulang* Bdtempat meletakkan batu dalam lastik yang dibuat daripada belulang.Abui memasukkan biji batu itu ke dalam blulang lastiknya. Kemudian dia mengarahkan lastiknya ke arah burung tadi.Antologi PilihanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas