Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.wal] | مڠاول

Definisi : 1. menjaga dan me­ngawasi (tempat, bangunan, dll) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain): ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung; 2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau utk sesuatu tujuan lain), mengontrol: kalau dia seorang yg benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya; ~ harga barang; ~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja; ~ penyakit supaya tidak merebak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wal] | مڠاول

Definisi : 1 menjaga supaya selamat; menjaga keselamatan: Penghulu dan anak buahnya berjaga malam ~ kampung. 2 memperhatikan dan menjaga baik-baik (supaya berjalan dgn teratur); mengawasi: Hutan rimba Tanah Melayu dikawal oleh Jabatan Hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
Bingku Mr Tlupacara pemujaan semangat padi, iaitu suatu upacara pernyataan syukur terhadap semangat yang mengawal padi kerana kemurahannya memberi hasil padi yang baik sepanjang musim itu.Upacara Bingku ialah upacara pemujaan semangat padi, iaitu suatu upacara pernyataan syukur terhadap semangat yang mengawal padi kerana kemurahannya memberi hasil padi yang baik sepanjang musim itu.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tompangan Kd KBsejenis roh baik.21. Tompangan – Semangat pagar, melindungi rumah, mengawal halaman, menjaga kampung untuk kesejahteraan orang ramai.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
salasak Kd KBroh air.15. Salasak atau Tombaig – Roh air, selalu dalam upacara adat pertanian dan diberi sajian untuk mengawal sungai, parit dan tali air dan juga menghalau serangga.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tombaig Kd KBsejenis roh air.15. Salasak atau Tombaig – Roh air, selalu dalam upacara adat pertanian dan diberi sajian untuk mengawal sungai, parit dan tali air dan juga menghalau serangga.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
asak-asak Ib, MSrberputih mata.Celaka!? Tuk Lentar mengesat matanya yang mula berair. Dia berasa begitu bodoh dan hina dalam keadaan begitu. ?Tamak. Semua orang sudah tamak. Asak-asak aku nak dapat bahagian aku.? Ketika itu dia tersenguk-senguk mengawal nafas dan kata-katanya.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas