[me.nge.jar] | مڠجر
Definisi : 1. berlari dll utk mengikuti (mendapatkan, menangkap) seseorang atau sesuatu, memburu, menghambat: polis sedang ~ penyamun-penyamun yg melarikan diri itu; 2. ki sangat kuat menginginkan, bersungguh-sungguh dan bersusah payah hendak memperoleh (mencapai): dia sekarang ~ wang; ~ kehormatan; ~ pangkat; putih dikejar, hitam tak dapat = yg dikandung (dikendong) berciciran, yg dikejar tiada dapat prb keuntungan dll yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan dll yg di dlm tangan habis hilang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nge.jar] | مڠجر
Definisi : 1 berlari kerana hendak menangkap, menyerang dll; memburu: Seekor anjing garang telah ~nya. 2 ki berusaha sungguh-sungguh dan bersusah payah utk memperoleh sesuatu: Janganlah kita hanya ~ wang dan pangkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)