Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.li.li.ngi] | مڠليليڠي

Definisi : 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.li.li.ngi] | مڠليليڠي

Definisi : 1 berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2 menjelajahi: ~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
berayah Ibsuatu upacara keagamaan berupa gerak tarian sambil mengelilingi sesuatu seperti pokok yang dianggap sebagai suci dengan tujuan mengepalai dewa.Jengkuan melihat bahawa kepala isterinya ditempatkan dalam nyiru dan diletakkan berdekatan dengan pokok istiadat pun sabang. Orang sedang memasang api untuk membakar bunga-bunga dan garam. Lepas itu mereka melakukan upacara berayah mengelilingi pokok tersebut. Semua yang hadir mesti mengambil bahagian melakukan upacara itu.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
serimpak, *sarimpak* Bj Smmahkota.Rohayu memicit pangkal keningnya, menggoyangkan serimpak yang menghiasi kepalanya dan menggerakkan kelambu biru laut yang mengelilingi katil pengantin itu.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lampit Ibsejenis tali pinggang perempuan yang diperbuat daripada perak.Sanggul renda terselit bunga-bunga sedang mengembang. Rawai sungguh sesuai menyarung riba mengelilingi pinggang. Kain berukiran amat menawan beraneka bentuk tiada lapang. Gelang tumpa amat bergaya pemasangannya tiada pincang. Tali pinggang lampit di pasang rapat umpama sebuah pintu tapang.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nyagu Ibmenyanyi (penyanyi latar).Seni katanya mudah saja, jawab Apai Sabit Bekait. "Langau bukan langau mendebungakan bunga Manding, Ke mana pandong Apai Sabit Bekait condong, Mengelilingi rumah Keling," kata Apai Sabit Bekait mengajar mereka nyagu.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
khakik Mrsejenis batu yang boleh dibuat manik perhiasan kepala.Sekiranya `selimpuk' - manik-manik payah diperolehi maka `tadung' ini boleh juga diperbuat daripada `bulu' iaitu batu khakik yang dirangkai-rangkaikan sehingga ianya mengelilingi bulatan kepala.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas