Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.luh] | مڠلوه

Definisi : ; mengeluh melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.luh] | مڠلوه

Definisi : melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.luh] | مڠلوه

Definisi : menunjukkan atau melahirkan rasa sedih dll kerana kesusahan; merintih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluh
Kata Terbitan : mengeluh, pengeluh, keluhan,

Puisi
 

Apalah guna rumpun buluh,
     Baik ditebang buatkan titi;
Apalah guna duduk mengeluh,
     Orang tak ada tak usah dinanti.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
salingpukat Tbsawang labah-labah.Torokiah mengeluh kecil, geram dan benci bertaut seperti tautan salingpukat.MusarakanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buru Tbhantaran perkahwinan.Nanak akhirnya mengeluh. Ada rasa kesal. Fasal buru, fasal kahwin, tanah terpaksa dijual. Bukankah bodoh namanya. Pada Nanak tanah sekarang bukan senang nak dapat.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lasak MSrbahagian atas kepala yang tidak berambut.Rentap menghela nafas, mengeluh. Ditenungnya wajah Nikosa. Gelisah. Sayu. Dahi lasak Nikosa jelas berminyak. Rentap mengengsot kerusinya ke meja.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
panansawa Kdorang hulu.“Kerana saya orang Panansawa?” Aduhai! Secengang inikah engkau Sumi? Hatiku mengeluh ketika tiba hampir dengannya.‘Sekilas...’Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
bobogon Kdsejenis kulit kayu yang boleh diketuk-ketuk/pukul untuk dijadikan cawat.Sadi mengeluh panjang. Baju tanpa lengan yang penuh dihiasi siput laut, terasa semakin berat dan membebankan jiwanya. Tali pinggang daripada kesumba terasa semakin menjerut perutnya. `Hujung-hujung perut anak isteriku tidak terisi', fikirnya. Kulit kayu jenis `bobogon' yang dijadikan cawat di tubuhnya, diusap lembut.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pudung Bj, Kd, Tbparang pendek yang digunakan untuk merumput.Fikirannya melayang jauh. Kemudian, fikiran itu kembali kepada dirinya sendiri. Ada waktu-waktunya dia mengeluh. Akhirnya dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Di sana bininya masih terbongkok-bongkok di celah-celah batas. Satu-satu perdu rumput itu rebah terkena pudung bininya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas