Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.ru] | مڠݢارو

Definisi : 1. menggaruk (tanah dll); 2. mencakar-cakar dgn kuku: ~ kepala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.ru] | مڠݢارو

Definisi : 1 menghancurkan atau menyikat tanah dgn garu. 2 mencakar-cakar bahagian badan (umumnya dgn kuku) utk menghilangkan rasa gatal: Dia berjalan sambil menggosok-gosok matanya dan ~ kepalanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggaru

Puisi
 

Kucing kurus menggaru papan,
     Papan bernama papan jati;
Kurus kering bukan tak makan,
     Kurus kering memakan hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Orang yang puru gatal tubuhnya,
     nescaya menggaru juga kerjanya.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan yang jahat itu lambat-laun akan ternampak juga kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pudung Bj, Kd, Tbparang pendek yang digunakan untuk merumput.Fikirannya melayang jauh. Kemudian, fikiran itu kembali kepada dirinya sendiri. Ada waktu-waktunya dia mengeluh. Akhirnya dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Di sana bininya masih terbongkok-bongkok di celah-celah batas. Satu-satu perdu rumput itu rebah terkena pudung bininya.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas