Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gun.ting] | مڠݢونتيڠ

Definisi : 1. memotong dgn gunting,memangkas (rambut dll); 2. Id menipu,mencatut;~ hati menyakitkan hati orang; ~ dlm lipatan prb membinasakan sahabat (bangsa dll)sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gun.ting] | مڠݢونتيڠ

Definisi : 1 memotong dgn menggunakan gunting: Kakak sedang ~ baju di rumah. 2 ki mengenakan tipu daya; menipu. ~ hati menyakiti hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggunting

Puisi
 

Orang darat menggunting jubah,
     Jubah digunting berwarna kelabu;
Hatilah saya tidak berubah,
     Hati tuan saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Jika pandai menggunting,
     hendaklah pandai menjahitnya.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai janganlah dibiarkan terbengkalai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tori, *dtori* Irbersunat.Rohayu tersedak apabila mendengar suara merdu Innah yang berlagu hiba itu. Dia tidak menyangka bahawa Innah yang pernah melalui upacara menimbang anak, upacara menggunting rambut, upacara tori (bersunat), masih ditimpa nasib yang malang!SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
menimbang Bs, Tbsuatu upacara tolak bala yang dilakukan ke atas bayi yang dilahirkan pada bulan safar (Muslim sahaja) untuk mengelakkan kejadian buruk menimpa bayi tersebut.Rohayu tersedak apabila mendengar suara merdu Innah yang berlagu hiba itu. Dia tidak menyangka bahawa Innah yang pernah melalui upacara menimbang anak, upacara menggunting rambut, upacara tori (bersunat), masih ditimpa nasib yang malang!SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas