Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.ku.ti] | مڠيکوتي

Definisi : 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada: ia ~ aku keluar; sidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di KL tahun 1961; 2. turut sbg yg telah dilakukan orang, mencontohi apa yg dibuat orang sebelumnya: inilah jalan yg diikuti oleh umat Islam; 3. turut hadir (dlm pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dll): dia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf; 4. memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dll) dgn bersungguh-sungguh: telah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini; dgn matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ku.ti] | مڠيکوتي

Definisi : 1 mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; memata-matai: Dua orang mata-mata gelap sentiasa ~nya ke mana-mana. 2 turut serta (belajar, melihat dll); turut hadir dlm mesyuarat, kursus dsb: Dia tidak dpt ~ ceramah itu kerana sakit. 3 memperhatikan (membaca, melihat dll) dgn penuh minat: Saya sentiasa ~ perkembangan politik dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
temuda Ibkawasan bekas huma yang sudah lama ditinggalkan.Keling masih lagi mengikuti tupai tersebut. Apabila tupai berjalan Keling pun berjalan juga menjejaki jalan tupai tersebut. Lama-kelamaan Keling tertinggal jauh di belakang. Dan tupai tidak kelihatan lagi. Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
onuvon Mr Tlmengisi benih padi ke dalam lubang dan menutupnya dengan tanah menggunakan ibu jari kaki (dilakukan oleh wanita sahaja).Kumpulan wanita pula mengikuti jejak lelaki dengan mengisi benih padi di setiap lubang dan menutup lubang-lubang ini dengan tanah dengan menggunakan ibu jari kaki. Proses ini dipanggil onuvon. Pada keseluruhannya, proses menanam ini dipanggil monugal.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mengimun liliwa Mrpenyanyi lagu tradisi.Dengan bermulanya nyanyian tersebut, maka penari-penari lelaki dan perempuan pun mulalah menghayun dewan Lansaran tadi, di samping mengikuti irama nyanyian yang dinyanyikan oleh `mengimun liliwa' sebagai penghidup semangat mereka.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngenselan Ibsuatu upacara keagamaan bertujuan untuk menghindarkan kejahatan atau kecelakaan dengan menggunakan darah ayam atau khinzir.Setelah mendapati mereka berdua ini benar-benar bersalah, Beti pun mengambil keputusan untuk merejam mereka mengikuti adat Sengalang Burong. Ini ialah kerana mereka telah tidak dapat membayar denda adat yang akan digunakan untuk ngenselan atau upacara membersihkan negeri dari perbuatan terkutuk.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas