Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg daunnya boleh dibuat tikar dll), bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus; ~ bunga = ~ perah sj tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus aurantiacus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), pandan hutan, Panda-nus houlletii; ~ laut = ~ duri sj tumbuhan (pokok), Pandanus tectorius; ~ tikus sj tum­buhan (pokok), pandan tikus, pokok selang­seng, sendayan masing, Pandanus oratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : nama tumbuh-tumbuhan jenis pandan yg daunnya berduri dan dpt dibuat tikar dll, Pandanus atrocarpus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkuang

Puisi
 

Tetak mengkuang di tanah tubuk,
     Letak buluh di atas serambi;
Masuk abang bercium peluk,
     Terkejut pula kucing berkelahi.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
siud MSbsejenis alat untuk menangkap ikan, tangguk.Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban, menganyam savak dan sebagainya.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
karaban Kdbekas bertutup daripada buluh yang dianyam, digunakan untuk menyimpan damak sumpitan.Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban, menganyam savak dan sebagainya.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas