Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.gal.kan] | منيڠݢلکن

Definisi : 1. membiarkan (mendiam­kan) sahaja pd tempatnya (keadaannya dll), tidak membawa pergi: mereka terpaksa ~ anak isteri di kampung utk pergi ke bandar men­cari pekerjaan; 2. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr: ia mula ~ tempat itu; kereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur; 3. membiarkan ber-baki, menyisakan: tidak dihabiskan makan­­an itu, ditinggalkan sedikit utk anaknya; 4. memberi (kpd), mewariskan, mem­beri (bekas-bekas, kesan, dll), meng­akibatkan: ~ pesanan; ~ harta; sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yg dalam di hatinya; 5. membiarkan sahaja (tidak meng­ambil, mempergunakan, dll), melepaskan (peluang, kesempatan, dll): sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu; 6. sudah melebihi (melampaui, melewati, mendahului, mengatasi): dlm banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; dlm menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan; 7. tidak memasukkan ke dlm per-timbangan (perkiraan dll), mengetepikan, mengesampingkan: kerana kesuntukan masa, beberapa acara dlm perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja; ia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yg kurang penting; 8. membuang (adat dll), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dll), meletakkan (mengosong­kan) jawatan dll: penyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali; pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita; 9. tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajib­an dll), mencuaikan (mengalpakan, melalai­kan): ~ kewajiban; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.gal.kan] | منيڠݢلکن

Definisi : 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kina­­balu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mem­pedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meninggalkan

Puisi
 

Ati-ati tumbuh di paya,
     Air tenang di kaki bukit;
Sampai hati meninggalkan saya,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Harimau mati meninggalkan belang,
     gajah mati meninggalkan daging,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mambut, *pambus* Ibperihal meninggalkan rumah panjang selama beberapa hari kerana ada petanda bahawa perkara yang kurang baik akan menimpa kalau mereka terus tinggal di situ.Semasa orang sedang mambut itu sekumpulan budak-budak nakal bercadang hendak balik ke rumah panjang dan ingin melihat apa yang akan berlaku. Ini kerana apabila rumah panjang dikosongkan dipercayai hantu-hantu akan naik ke rumah.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gayang MSbsejenis parang panjang.“Jika engkau tidak meninggalkan dia, mata gayang ini tidak akan puas selagi tidak menghirup darah, Mecra,” katanya. Kupandang gayang atau parang panjangnya itu. Aku gugup.Pesta MimpiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
titikas Mr, Tbrentak pukulan/paluan gong.Dengan tidak semena-mena mereka lari bertempiaran. Meninggalkan Julia keseorangan. Sadi termangu-mangu kebingungan. Hilangkah kesempurnaan majlis `titikas' tanpa penarinya? Sekalipun iramanya bergema sumbang ...?SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mangah Ib, MSrsifat panas baran, bengis, garang.Sudah lama aku pulang. Malah tidak mungkin aku akan meninggalkan Kuching dan tugasku di pejabat kerajaan itu. Bukan aku sombong sangat dan bukan aku mangah sangat. Aku tahu siapa diriku, Syam.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
apong MSrnipah.Hati saya belum puas bapa, mengamati ikan temeka yang berlumba di bunga pasang. Saya enggan meninggalkan umbut nipah apong nyemelang bapa." Senabong mengatakan dia tidak mahu pulang lagi ke kawasan Batang Bangkit itu.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rangin Ib, MSrsejenis kuih yang berwarna putih yang diperbuat daripada adunan kelapa, tepung pulut dan gula.Mak Minah meninggalkan rumah berbekalkan wang sebanyak dua ringgit. Dia tahu menantunya suka memakan kuih rangin dan Kartini suka kepada penyaram.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sempidan Ibsejenis ayam liar yang dipercayai membawa alamat buruk, contohnya, sekiranya ia memasuki rumah, rumah itu dipercayai akan terbakar dan orang Iban digalakkan meninggalkan rumah panjang tersebut bagi mengelakkan mala pataka.Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
indai Ibemak.Apai tak boleh buat kerja tu sendiri. Apai mesti ingat anak-anak apai ini. Indai dah tak ada lagi, apai pula nak meninggalkan kami bertiga! bantah Minyoh.Novel Pahlawan Rumah PanjangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
temeka Ibikan tembakul.Memang benar. Baik juga lawatan bapa tetapi saya masih rindu untuk bermain dengan bunga pedada yang mengembang. Hati saya belum puas bapa, mengamati ikan temeka yang berlumba di bunga pasang. Saya enggan meninggalkan umbut nipah apong nyemelang bapa.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkat Ib, Sksejenis bakul besar yang dibuat daripada anyaman (jarang) rotan atau pelepah palma. Bahagian yang menyentuh belakang pula dilapik dengan kayu. Ia digunakan dengan menggalasnya di belakang bagi mengangkut buah durian, kelapa dan lain-lain.Ketika Nek Siku pulang petang itu, Josika melihat jarum jam tangannya, menunjukkan pukul empat petang, sepertiga buis disumbatkan ke dalam bangkat dan dihantar ke rumahnya oleh orang lain. Dia sendiri berjalan dengan terhuyung-hayang ketika meninggalkan rumah itu tadi.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas