Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.ling] | منجليڠ

Definisi : memandang dgn ekor mata, me­ngerling: tidak ada antara mereka yg me­mandang, kalau ada pun sekadar me­malis dan ~; jelingan kerlingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.ling] | منجليڠ

Definisi : memandang dgn ekor mata; mengerling: Ia tersenyum sambil ~ suaminya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jeling (kata nama)
Bersinonim dengan kerling, lirik;,
Kata Terbitan : menjeling,

Puisi
 

Burung perling mata merah,
     Mari hinggap pohon kekabu;
Saya menjeling bukan marah,
     Hati di dalam bagai digaru.


Lihat selanjutnya...(9)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
limpas MSblalu, berjalan melintas di hadapan.Pun, Paring ingin melihat Angusi selalu menjeling dia apabila orang tua itu limpas di hadapan sulapnya kerana mandi atau mengambil air.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
omet Tbsatu permintaan khas daripada pihak perempuan secara sindiran.Tomuk tidak terus bersuara. Dia menjeling Toksin yang masih menunduk itu. "Ini omet aku," katanya sambil melurut rambutnya yang separuh kusut itu.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
edram MSrsejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dan gula melaka, dibentuk seperti roda atau  bulat leper yang berlubang di tengah.Ketika itu Mak Nah membawa air minuman dan kuih edram. Pak Kaduk pun menjemput mereka berdua menikmati hidangan itu. Apalagi makanlah si Lamat dan si Berkat dengan penuh sopan dan beradab. Si Lamat pula menjeling pada si Berkat kerana memasukkan sebiji kuih edram ke dalam sakunya.Novel Dayang Merah LidiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas