mongingindapu Kd | membeli dan menjual. | Mengikut ayah, hanya datuknya sahaja yang mongingindapu gong pada zaman dahulu. Mongingindapu bererti berniaga membeli dan menjual gong. Dia akan turun ke Sondot (Tuaran) untuk membeli gong daripada orangorang Sama (Bajau) dengan cara menukarkan kerbau dengan gong dan membawanya ke Sokid (Tambunan) untuk dijual kepada orangorang kampung di situ. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mongindapu Kd | berniaga. | Kata ayah, datuknya berhijrah ke daerah Tambunan kerana hendak mongindapu. Mongindapu ertinya membeli dan menjual gong sebagai mata pencarian. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
penganan iri Ib | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras/ubi dan gula merah atau gula nipah, penyaram. | Ini Chakoi menjual kuih penganan iri dan nasi pulut yang dimasak dalam ruas buluh. Jualan mereka laris, dibeli oleh buruh-buruh jalan raya dan orang yang lalu?lalang. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sigir, *sigik* Ib, MSr | sebiji/satu. | “Pulut panggang satu berapa harganya, cu?” tanya Ini Chakoi kepada seorang budak Melayu yang berjaja. Ini Chakoi sangat gemar makan pulut panggang. Dia memisahkan dirinya daripada teman-teman serumah panjangnya untuk mendekati anak Melayu yang sedang menjual pulut panggang itu. “Sigir, dua puluh sen, nek,” jawab budak itu. “Mahal sangat. Beri sepuluh sen satu.” “Sik dapat. Rugi kamek.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sigup MSb | tembakau (pada rokok). | Mereka makan dengan berselera sekali. Selepas makan mereka beristirehat sebentar. Emak menyumbat mulutnya dengan sirih. Bapa juga begitu. Emak menggulung sigup dengan kirai. Bapa juga begitu. (hlm. 7) Kaki lima kedai-kedai, dan di tempat-tempat kosong yang lapang menjadi tempat kebanyakan wanita-wanita menjual bermacam-macam sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daun rokok (kirai) tembakau (sigok) dan berpuluh jenis jualan lagi. | Sawah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |