rumpong, *rumpung* Ib, MSr | udang salai (berkulit). | Mereka berperahu menghilir Batang Layar. Apabila sampai di Kuala Plassan mereka menjumpai banyak udang rumpong pula terapung-apung di permukaan air. Ini juga dipercayai satu alamat yang buruk. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
taju Ib | sejenis umpan, dipercayai disediakan oleh harimau atau buaya jadian bertujuan untuk memerangkap manusia. | Kematian yang seperti itu dipanggil kematian mengambil umpan taju harimau. Kerana itulah, kalau menjumpai sesuatu yang anggap pelik di dalam hutan, jangan diambil benda tersebut. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tumpung Bj, Kd | bekas yang diperbuat daripada ruas buluh untuk menyimpan tuak atau nira kelapa. | Selesai sahaja menumbuk padi tersebut dia (isteri) pun pergi ke sungai untuk mandi. Ketika itu dia belum memasak makanan lagi. Apabila mendapati dia belum balik-balik lagi, suaminya pun turun ke sungai untuk mencarinya. Suaminya menjumpai tumpung tersandar di tepi sungai. | Anak Sepapas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |