Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.bu/] | منومبوق

Definisi : 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.bu/] | منومبوق

Definisi : 1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbuk
Kata Terbitan : bertumbuk, menumbuk, tumbukan, penumbuk,

Puisi
 

Menumbuk di lesung tinggi,
     Orang menampi di tengah jalan;
Apa sudah duduk begini,
     Bagai pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Menumbuk di lesung,
     bertanak di periuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memikul di bahu, menjunjung di kepala).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tumpung Bj, Kdbekas yang diperbuat daripada ruas buluh untuk menyimpan tuak atau nira kelapa.Selesai sahaja menumbuk padi tersebut dia (isteri) pun pergi ke sungai untuk mandi. Ketika itu dia belum memasak makanan lagi. Apabila mendapati dia belum balik-balik lagi, suaminya pun turun ke sungai untuk mencarinya. Suaminya menjumpai tumpung tersandar di tepi sungai.Anak SepapasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tibang Ibbekas atau tempat yang diperbuat daripada kulit kayu khas digunakan untuk menyimpan padi. Ia biasanya diletakkan di loteng atau sadau.Selesai makan Unying menyuruh isterinya menyimpan beras itu ke dalam bekas padi tetapi semua bekas padi yang ada penuh diisi oleh padi yang dibawa oleh Unying. Unying terpaksa membuat tibang yang baru untuk menyimpan padi itu. Sebanyak tiga buah tibang dibuat untuk memuatkan semua padi itu. Keesokan harinya isteri Unying menumbuk padi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas