[me.nu.run.kan] | منورونکن
Definisi : 1. menulis kembali, menyalin (drpd sesuatu yg lain): di bawah ini kita turunkan lima rangkap permulaan drpd Syair Perahu; ayat yg diperturunkan di bawah ini mengandungi beberapa kekurangan tentang jalan bahasa-nya; 2. membuat karangan dll dgn memadan-kannya dgn yg lain, mencontohi (karangan dll) yg lain: Hikayat Ken Tambuhan naskhah ini telah diperturunkan drpd Syair Ken Tambuhan; 3. menulis (dgn lengkap), mencatat-kan: di bawah ini diturunkan dgn ringkas cara-cara yg digunakan oleh penyair Melayu utk mendapatkan rima; 4. membubuh (tandatangan, cap, dll) pd sesuatu: pengantin lelaki itu ~ tandatangannya ke dlm Buku Daftar Perkahwinan kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nu.run.kan] | منورونکن
Definisi : 1. membawa turun (ke bawah), menarik turun, menjatuhkan, merendahkan: dilihat orang layang-layang Raja Ahmad sudah naik, maka segala orang banyak ~ layang-layangnya; maka sekalian baris itu ~ senapangnya memberi hormat; 2. mengeluarkan dr kenderaan (kereta, perahu, dll), menyuruh turun: setelah ~ kami di masjid besar, maka drebar itu pun membawa balik motokar itu ke Yan; 3. menjadikan rendah (pangkat, kedudukan, dll), memakzulkan (raja dll): setelah Abdullah menjadi sultan memanglah sukar hendak ~nya balik; 4. menjadikan kurang (harga dll), mengurang-kan, menyusutkan (hasil dll), memerosotkan: ia boleh membuat undang-undang baru, menukar undang-undang lama, menaikkan atau ~ cukai; 5. menjadikan perlahan (suara), merendahkan; 6. memindahkan sesuatu kpd (anak, cucu, dll), mewariskan sesuatu kpd, meninggalkan (harta, ilmu, dll) kpd: harta si mati itu mesti diturunkan kpd warisnya; dia akan ~ ilmunya kpd orang yg hanya betul-betul hendak belajar sahaja; 7. menternakkan, menggembalakan (lembu dsb); 8. mendatangkan (wahyu dll) kpd, menyampaikan (ilham dll) kpd, mewahyukan, mengilhamkan: wajib kita percaya kpd kitab-kitab yg diturunkan oleh Allah kpd rasul-rasul; 9. memulakan menanam (padi dll): maka bertitah baginda suruh Bujang Selamat panggil Tuk Bidan Raja datang menugal dan ~ benih; 10. menyebabkan turun, menggugurkan, menjatuhkan: kebanyakan hujan di Semenanjung adalah hujan ribut yg ~ sampai 30 cm dlm sehari; 11. menjadikan turun (warna kain dll), melunturkan (warna), memudarkan: serbuk pencuci itu akan ~ warna dan merosakkan corak kain itu; 12. Id membentuk kata terbitan drpd kata pokok yg diberi imbuhan (awalan, sisipan, atau akhiran): dgn bersisipkan em, kata gerlap diturunkan menjadi gemerlap; 13. memilih atau meletakkan pemain dlm pertandingan (bola sepak dll), memilih pemain utk mewakili sesuatu pasukan (dan seterusnya bermain dlm sesuatu perlawanan): mereka telah ~ pemain-pemain yg handal utk menentang pasukan dr luar negara itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nu.run.kan] | منورونکن
Definisi : 1 menulis sesuatu kembali; menyalin dr sesuatu yg lain. 2 membuat karangan dll dgn mencontoh sesuatu yg lain: Hikayat Ken Tambuhan telah diturunkan dr Syair Ken Tambuhan. 3 membubuh (tandatangan dll) pd sesuatu: Ratu Elizabeth telah ~ tandatangannya pd buku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[me.nu.run.kan] | منورونکن
Definisi : 1 membawa turun ke bawah; merendahkan. 2 mengeluarkan dr kenderaan. 3 menjadikan rendah (ttg pangkat, harga dll). 4 meninggalkan atau memindahkan sesuatu kpd anak (cucu dll). 5 menyampaikan ilham, wahyu dll kpd: Allah telah ~ Quran kpd Nabi Muhammad SAW. 6 menyebabkan hilang warnanya (ttg kain dsb); melunturkan. 7 memilih atau menentukan pemain dlm sesuatu perlawanan: Mereka ~ pemain utama dlm perlawanan itu. 8 menjadikan turun (ttg ribut, hujan dsb): Allah ~ ribut taufan yg dahsyat pd zaman Nabi Noh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)