Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.hut] | مڽاهوت

Definisi : 1. menjawab (panggilan, per-tanyaan, dll), membalas: ia tidak ~ ketika di-sapa oleh temannya; saya ~ salamnya; 2. mem-beri reaksi positif terhadap sesuatu (seruan, cabaran dsb): kita harus ~ seruan kerajaan itu demi kepentingan generasi kita yg akan datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.hut] | مڽاهوت

Definisi : 1 menjawab panggilan dll; membalas: Dia tidak ~ ketika ditanyai gurunya. 2 memberikan jawapan kpd; membalas: Tiada seorang pun yg ~ teriakannya. 3 memberikan reaksi yg positif dan melakukan apa-apa yg diusulkan: Para belia hendaklah ~ seruan kerajaan agar menjauhi dadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahut (kata kerja)
Bersinonim dengan balas, jawab, sambut;,
Kata Terbitan : bersahut, bersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut, menyahut, menyahuti, penyahutan, sahutan,

Puisi
 

Burung pipit terbang ke sarang,
     Endut berseru puyuh menyahut;
Bukit ditentang pun hilang,
     Baik diturut pulau di laut.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
auk Ib, MSrya.Auk! Auk! Kocon menyahut agak sejurus kemudian, dengan suaranya yang digerenek-gerenek, seolah-olah mempersenda perintah nenek.Novel Mutiara Dalam Timbunan PasirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
legar-legur MSrberdentam-dentum.Bapanya pun begitu juga, kalau sudah bergurau, bukan tahu batas dan sempadan lagi. Macam nak pecah rumah ni legar-legur kerana bunyi dia orang. Kelak, kalau sudah manas begitu juga. Ditegur sepuluh kali pun tidak mahu menyahut.Jagung Pulut Pusaka MoyangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas