duang tabak Bj Sm | sejenis talam berkaki. | Matanya bersinar-sinar, menyaksikan penyerahan tanda pertunangan yang mengandungi sepasang persalinan, sebentuk cincin, alat tapak sirih yang dihidangkan di atas duang tabak ataupun talam berkaki. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tunu MSr | bakar. | Hutan dipugar itu dibiarkan selama dua bulan baharu ditunu. Panas terik bulan Julai menyaksikan reba kering dan ranting dahan rentung dijilat api. Lidah api menjalar macam lidah syaitan lapar. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
samundai, *sumundai* Kd | irama tarian mongigol suku kaum Rungus. | Magigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Magigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mongigol Kd | tarian tradisional suku kaum Rungus dlm pesta keramaian. | Mongigol yang sama dihadirinya beberapa bulan lalu membawa kenangan kepada Lagan. Pemuda Rungus berkulit cerah ini ditemuinya pertama kali ketika menyaksikan Mongigol dalam irama samundai yang indah Pertemuan pertama itu kini mengheretnya ke suatu suasana yang menggerunkan. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
juki Bj Sm | orang yang menguruskan ayam sabung dalam pertandingan sabung ayam. | Ayam hitam-merah berlari hendak keluar dari gelanggang. Dengan cepat juki ayam hitam-merah mengangkat ayam itu dan membawanya ke arah baldi yang berisi air. Orang ramai yang penuh minat menyaksikan sabung ayam waktu itu kedengaran riuh, menceritakan ketangkasan ayam putih. | Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |